1) Machine Frame (Rangka Machine)
Rangka mesin mengandungi engine bed, terutama lathe machine – biasanya jenis incline-bed. Untuk mesin yang besar biasanya machine base di konkrit atau pun di buat daripada granite tuangan. Ciri-ciri rangka mesin ianya mestilah bebas gegaran, teguh dan rintangan suhun yang tinggi dan boleh dispose chip yang tinggi.
2) Enclosed Working Area
Kawasan kerja bagi mesin CNC mestilah tertutup dan operator tidak boleh mengukur dan melaras sesuatu semasa operasi pengeluaran. Selain daripada itu cooling system dan high cutting speed boleh dijalankan dan juga pengeluaran chip daripada kawasan kerja dilakukan dengan bantuan chip conveyer.
3) Machine Control
Task yang terpenting dalam pembinaan mesin CNC adalah kerja-kerja memasukan data (input), penyimpanan, pemprosessan dan keluaran data yang sekata dan pemeriksaan yang sekata pada control process, sebagai contoh commanded speed atau position of slide (perbandingan antara arahan yang diberi dengan nilai asal)
Memories yang terpenting di dalam machine control ialah
- program memory
- tool memory
- zero point memory
4) Machine Control System
Dengan bantuan control penel sebagai bantuan bagi prosedur programming, CNC program boleh di input masuk secara manually dengan menggunakan key board atau menggunakan antara muka (interface) dan pembawa data (data carrier). Pada monitor menunjukkan keterangan program yang di buat, nilai kedudukan axis, gambar atau text tambahan.
5) Main Drive (Pemacu Utama)
Biasanya main drive mesin conventional digerakkan dengan menggunakan kuasa A.C Motor dengan kuasa variasi gear, tetapi Main drive bagi mesin CNC ialah dengan menggunakan kuasa variasi D.C motor yang tidak terhad.
Kelebihan untuk mesin CNC:
- Speed infinitely variable (penting bila turning menggunaan constant cutting speed).
- Jarak kelajuan yang tinggi untuk capacity yang tinggi.
- Mengelakkan berlaku kejatuhan kelajuan dan pengurangan daya kilas semasa penambahan beban.
6) Slide Drive (pemacu gelongsor)
Task yang utama dalam system kawalan berangka (CNC) adalah pengawal keada pemacu suapan ( pertukaran pergerakkan pusingan motor kepada pergerakkan slide (gelongsor).
Slide drive bagi mesin CNC mestilah mengandungi :
- Motor yang boleh mengawal setiap axis mesin.
- Seed regulator.
- Threaded spindle-nut mekanisma (recirculating ball screw) bebas daripada ‘free play’.
- A special slide guidance bebas daripada ‘free play’
- A path-measuring system untuk menentukan kedudukan pengelangsor.
7) Recirculating Ball Screw (Putaran Bebola Skru)
Untuk mesin konvensional pertukaran pergerakkan pusingan motor kepada linear slide adalah dilakukan melalui trapizoid skru. Jadi, dalam kes ini, susah untuk menggerakkan nat dan skru dan geseran yang tinggi akan berlaku. Sebab itulah dalam mesin CNC ianya menggunakan recirculating ball screw bagi mengurangkan geseran dan memudahkan pergerakkan.
Thank you very much for this great post. CNC router
ReplyDelete