1. Control Cabinet
2. Operataing Penel
3. Coolant Tank
4. Working Table
5. Tool Magazine
6. Milling Head
7. Enclose Chip guard
Definasi Asas
Dalam pembelajaran asas CNC teknik, terdapat pelbagai terma atau singkatan yang perlu di fahami dan ianya di bahagi kepada dua iaitu singkatan general dan singkatan spesifik kepada mesin.
General Abreviation / term
NC - Ianya adalah singkatan daripada “Numerical Control” (Pengawalan Berangka), Numerical adalah menjurus kepada angka (nombor). Maksud diatas adalah control commands seperti traverse movement, cutting data dan sebagainya adalah di input dalam bentuk nombor. Pada masa dahulu nombor ini di punch pada tape kertas. Kaedah tidak boleh di ubah terus semasa mesin sedang beroperasi.
CNC - ianya adalah singkatan daripada “Computerized Numerical Control” – (Pengawalan Berangka Komputer), Pengubahsuaian boleh dilakukan terus pada program dan boleh di simpan dalam control memory. Keseluruhan penggunaan masa untuk mengira data tool path bagi simulasi grafik dapat di lakukan oleh control system pada komputer. Ia juga boleh menggabungkan nombor dan huruf.
CAD - Computer Aided Design – dengan system CAD kita boleh melukis dan merekabentuk menggunakan bantuan computer dan tambahan lagi CAD mengandungi pengiraan komponen secara dinamik dan simulasi 3D grafik yang boleh digerakkan.
CAM - Computer Aided Manufacturing – Dengan penggabungan CAD dan CAM, CAM boleh mereka bentuk dan menghasilkan program pada mesin dalam keadaan controller yang berbeza-beza. Tambahan lagi sekarang ini kita boleh menggunakan perisian CAM ini untuk mengawal dan memerhari pengendalian mesin, transport system dan peranti robot(robotal device).
DNC - Direct numerical Control – Dengan penggunaan DNC beberapa controller peralatan mesin boleh dihubungkan dengan satu komputer di mana penghantaran data dari komputer boleh diselenggara pada setiap ‘control program’ pada mesin begitu juga sebaliknya.